Wednesday, February 1, 2012

Dialog Cinta Zaman Sains & Teknologi..

Assalamualaikum.
urm, aku sure mesti de antara korang dah semakin lupe tentang pelajaran sains, kimia, biologi, n fizik yang diajar cikgu suatu mase dulu kan..
hah, takpe2..
Jom, ikuti perbualan antara Si x dan Si y nihh..
..Dialog Cinta Zaman Sains & Teknologi..


Si x : Kasihku, ketumpatan cintaku padamu ialah jisim hatiku di bahagi isipadu jantungku. Masihkah kau tidak membuat sebarang anggapan??
Si y : Aku tidak percaya kepadamu kerana kau ada kekasih baru untuk menjalankan tindak balas penggantian ke atas diriku.
Si x : Kau jangan salah ertikan kecerunan garis lurus hatiku ini, kerana aku dan dia masih lagi unsur dan bukannya sebatian.

Si y : Tapi, aku berasa seperti kasihmu berkadar songsang dengan kesetiaan yang kuberikan.
Si x : Tapi, cintaku padamu adalah pemalar!
Si y : Aku masih belum mengerti lagi kerana penyelesaian yang kau berikan masih lagi belum
sahih.
Si x : Tapi, aku mengamalkan hukum newton ketiga di mana tindak balas cintaku bersamaan
dengan cinta yg kau berikan.
Si y : Kau jangan bohong! Aku telah mengetahui bahawa kau adalah 'random' yang mempunyai janji-janji manis yang bergerak secara rawak.
random movement
Si x : Itu adalah fitnah yg telah tersebar melalui proses pencaran dan perolakan.
Si y : Tetapi, mengapa kau membuat tempoh perkahwinan kita mengalami rintangan?
Si x : Aku harus menggunakan perintang boleh laras untuk mengurangkan rintangan itu.
Si y : Adakah kita akan berpadu secara kimia?
Si x : Itu masih belum diketahui, tetapi hasilnya nanti dapat dilihat dengan menggunakan
mikroskop cahaya.

tengok2..
Si y : Aku khuatir kau akan bertemu dengan yang lebih aktif dan bertindak balas dengannya.
Si x : Nampaknya, kita sedang bercinta tiga segi dan haruslah menggunakan hukum-hukum
penyelesaian segi tiga untuk menyelesaikannya.
Si y : Tapi, aku telah memberi cintaku dalam magnitud dan arahnya sekali. Masihkah kau tidak
percaye?
Si x : Ya, aku percaye. Tetapi aku mahu semua itu dalam bentuk lazim.
Si y : Itu semua boleh diabaikan, yang aku mahu ialah tempoh perkahwinan kita harus mengalami pecutan yg seragam.
Si x : Kau harus bersabar, kerana sabar itu 0.5 dari iman.
Si y : Tapi, imanku adalah infiniti!
Si x : Aku tidak fikir yang iman kau infiniti kerana kau belum mendarabkannya dengan 6x10'23.
Si y : Kau membuat kemarahanku meruap-ruap. Nanti bila tekanan ku melebihi tekanan udara, kau
jugakk yangg susah kerana aku akan mengalami hemolisis.
Si x : Aku sekarang bukan aku yangg dulu lagi, aku telah mengalami plasmolis.
plasmolisis ?? pe tuhh?? haha
Si y : Kau betul-tul menyakitkan hatiku ini. Ku sangkakan kau intan, tetapi rupa-rupanya kau grafit. Pergi kau dari sini. Biarkan aku sendirian........
hahahaha...

Bila jari menari,

♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Cik Zaiey..♥

3 comments:

  1. terlalu sains sangat ni ... waaa best gak baca cerita dia

    ReplyDelete
  2. hahahaha .. serius lawak .. adess larr .. sumbak parop .. kah3 ..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...