Saturday, June 22, 2013

RESEPI Ketupat Sotong

Assalamualaikum.
dah lama tak buat resepi..
nie nak share satu lagi..
hehe, special request dari Polkadot Apam..
RESEPI Ketupat Sotong..



paling senang..hihi
jom, tengok bawah..


Bahan-bahan :

  • Sotong segar yang telah dibersihkan dan dibuang kulitnya (anggaran 1kg)
  • Santan 1 packet 
  • Beras Pulut (anggaran dalam 2 pot)
  • Bawang merah, halia yang telah dimayang (dihiris memanjang)
  • Perasa (garam, ajinomoto, dan gula)
  • Alba
  • Lidi satay

Cara-cara :

  1. Gaulkan beras bulut dengan 1 sudu santan dan sedikit garam ( nak lagi sedap, biarkan sekejap sehingga sebati )
  2. Masukkan beras pulut tadi dalam sotong (anggaran 1/2 dari panjang sotong) dan kepitkan dengan lidi satay..
  3. Rebuskan sotong di dalam periuk menggunakan api yang kecil (anggaran air : sehingga sotong tenggelam)
  4. Biarkan sehingga pulut dalam sotong tu  masak.. (anggaran dalam 30 min / air rebusan sotong kering)
  5. Kemudian, masukkan santan yang dah dibancuh air ke dalam periuk yang mengandungi sotong tadi..
  6. Masukkan bawang, halia dan beberapa biji alba..
  7. Tambahkan perasa..
  8. Kacau sehingga santan menjadi pekat dan keluar baunya (menandakan sudah masak)..
  9. Hidangkan..
p/s : ti, selamat mencuba..hehe


Bila jari menari,

♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Cik Zaiey..♥

2 comments:

  1. taknak buat sendiri, nak orang masakkan...hehehehe

    ReplyDelete
  2. dtg sini kak, t org btkn..hehe

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...